Ilmu Nafas … Sambungan…Bahagian kelima

fb_img_1468397143011.jpg

Bagi mereka yang terlepas, penulis meletakkan kembali link untuk ilmu nafas bahagian 1 dan 2 dan 3 dan 4 bagi tujuan rujukan :

  1. Ilmu nafas bahagian 1
  2. Sambungan Ilmu nafas bahagian kedua
  3. Sambungan ilmu nafas bahagian ketiga
  4. Sambungan ilmu nafas bahagian keempat

Normalnya nafas kita keluar masuk sehari semalam 24 000 kali

  • pada siang hari 12 000 kali.
  • pada malam hari 12 000 kali
  • jumlah jam sehari semalam = 24 jam,
    pada siang 12 jam
    dan malam 12 jam,Demikian hal-nya seperti huruf “Laa Ilaaha Illallah, Muhammadur Rasulullah”,masing-masing mempunyai 12 huruf berjumlah 24 huruf semuanya.

Barang siapa “mengucap” dengan sempurna yang 7 kalimah itu niscaya ditutupkan Allah Ta’ala Pintu Neraka yang 7. Juga barang siapa “mengucap” yang 24 huruf ini dengan sempurna niscaya diampuni Allah Ta’ala yang 24 jam.

Inilah bentuk persembahan kita kepada Tuhan kita yang tiada henti yang dinamakan Sholatul Da’im (sekaligus melakukan puasa nafsu zahir dan batinnya).

Sabda Nabi S.A.W :
“Ana Min Nuurillah Wal ‘Aalami Nuurii”
artinya “Aku dari Cahaya Allah dan sekalian alam dari Cahaya-ku”

Sebab itulah dikatakan “Ahmad Nuurul Arwah”
artinya “Ahmad itu bapa dari sekalian nyawa”

dan dikatakan “Adam Abu Basyar”
artinya “Adam bapa sekalian tubuh”.

Adapun Awal Muhammad Nurani
Adapun Akhir Muhammad Rohani.
Adapun Zahir Muhammad Insani
Adapun Batin Muhammad Rabbani.

Adapun Awal Muhammad Nyawa kita
Adapun Akhir Muhammad Rupa kepada kita,
Adapun yang bernama Allah Sifatnya,
Adapun sebenar-benar Allah itu Zat Wajibal Wujud,
Adapun yang sebenar-benar Insan iaitu manusia yang tahu berkata-kata adanya.

Kita telah mendengar bahwa barang siapa yang tidak mengenal ilmu zikir nafas ,maka sudah tentu orang tersebut tidak dapat menyelami alam hakikat sholat da’im…rujuk sholat daim

Dalam penulisan blog yang akan datang.. akan diterangkan dengan jelas tentang solat, dimana pengertian solat tersebut adalah berdiri menyaksikan diri sendiri yaitu penyaksian kita terhadap diri zahir dan diri batin kita yang menjadi rahasia Allah Taala.

continued
Ilmu Nafas bahagian kelima

4 responses to “Ilmu Nafas … Sambungan…Bahagian kelima”

  1. ILMU NAFAS..BHGN 3 – Alauddin Book Cafe Avatar

    […] Ilmu Nafas Bahagian keempat […]

    Like

  2. Ilmu Nafas…Sambungan…Bahagian keempat – Alauddin Book Cafe Avatar

    […] bersambung ilmu nafas bahagian kelima […]

    Like

  3. Ilmu Nafas…Sambungan…Bahagian 6(Shalat Daim) – Alauddin Book Cafe Avatar

    […] Date: August 25, 2016Author: Alauddin's Book Cafe 0 Comments Sambungan ilmu nafas kelima […]

    Like

Leave a comment