Hari ni penulis ingin berbicara tentang kitab pagar hikmat. Walaupun terdapat pelbagai amalan yg disampaikan sekadar makluman. Di antara banyak-banyak amalan Tok Janggut (Perak) ialah wirid Kaf 40. Di dalam wirid ini terdapat sebanyak 40 huruf Kaf. Dikatakan amalan ini mempunyai berbagai-bagai munafaat kepada pengamalnya dengan izin Allah jua. Ada yang mengatakan ia diamal untuk keluar bertemu musuh, sebagai pendinding, ilmu kebal, rezeki dan macam-macam lagi. Ajal dan maut di dalam kuasa Allah, kita ini sekadar berusaha dan berikhtiar, selebihnya diserahkan kepada Allah penentu segala-galanya.
Sesiapa yang ingin beramal dengan Kaf 40, saya nasihatkan tolong dapatkan nasihat dari ustaz atau sesiapa yang lebih arif tentangnya, jangan nanti mendatangkan mudharat pulak. Saya pernah jumpa amalan ini di dalam sebuah buku/kitab bernama “Pagar Hikmat – Himpunan Amalan Tok Janggut,” mukasurat 37.
NOTA: Tok Janggut ini berasal dari negeri Perak dan bukannya Tok Janggut pahlawan Melayu yang syahid di negeri Kelantan semasa penjajahan British.